Tuesday 17 February 2015

Nasi Ayam Homemade

Ni menu malam semalam, kicap terlebih sikit jdnya nampak hitam ..kikiki suami ckp sidap sampai tambah 2 kali. :D :D

Sunday 15 February 2015

Menu hari Jumaat 13/2/2015

Tomyam sayur made by Mr P
Daging masak hitam untuk dia
Kari kepala ikan tanpa santan untuk saya

Sunday 8 February 2015

Table Cloth



Mr P saya teringin la nk buat table cloth yang mcm ni untuk meja makan rumah kita..

Saturday 7 February 2015

Trial

ayam percik ...cubaan kali pertama.
 

Semangat nk guna periuk kukus yang baru beli...hihih maka terjadi lah Tepung Talam resepi ambik dari buku 1 hari 1 resepi: 365 resepi istimewa Chef Hanieliza. 
 
 
 
 


Menu Sotong


nin dia menu sotong untuk kami berdua pada hari jumaat yang lepas

Tuesday 3 February 2015

Kuih Qasidah



Ni lah hasilnya sementara menunggu suami berkebun..hihi suami ckp sidappp :D :D

 kebun suami... hihih



Puding Jely Sumi







Puding Jelly by encik suami untuk majlis kenduri rumah jiran. Resepi saya ambil dari http://kayumaniskorner563.blogspot.com/2014/03/puding-sumi.html


Perkahwinan adalah proses dalam kehidupan



klik pada gambar dan baca sebagai panduan

Assalamualaikum...apa yang saya tulis disini bukanlah ditujukan kepada sesiapa sekadar untuk renungan bersama.

Jika direnung kembali perkahwinan adalah salah satu proses dalam kehidupan. Jika ingin berkahwin maka perlulah bersedia untuk berkorban segalanya kerana alam perkahwinan bukan sentiasa di penuhi dengan yang indah sahaja. Perkahwinan adalah perkongsian hidup. Kita perlu menerima dengan ikhlas kekurangan pasangan, saling memperbaiki dan selalulah berkomunikasi dengan pasangan mengenai apa saja.

Jika ada yang tidak puas hati maka berbincanglah dengan rasional bukannya mengikut perasaan marah. Jangan terlalu terburu-buru membuat keputusan untuk berpisah. Renungkan kembali adakah wajar untuk berpisah hanya kerana perkara-perkara kecil. Berilah peluang kepada pasangan untuk berubah. Sayangilah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta. Maafkanlah pasangan dan nasihatinya agar tidak diulang lagi kesalahan yang sama bukannya terus menghukum. Perlu di ingat pasangan kita bukanlah sempurna sama juga seperti kita yang sentiasa melakukan kesilapan.

Jika bersalah berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan menyakiti hati pasangan. Berjanjilah pada diri sendiri untuk membuat yang terbaik kepada pasangan yang dicintai. Jika usia perkahwinan masih muda, berilah peluang kepada pasangan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga masing-masing...proses ini mengambil masa yang lama..bukan hanya mengambil masa sebulan dua untuk menyesuaikan diri.

Dalam apa jua keadaan komunikasi adalah penting, selalulah berbincang dengan rasional mengenai masalah yang di hadapi. Jangan menganggap pasangan kita mengetahui apa yang ada di dalam hati...nyatakan apa yang kita inginkan agar pasangan kita tahu apa yang ada di dalam hati kita...beritahu saja apa yang tidak kena agar pasangan boleh memperbaikinya....jika kita inginkan pasangan membuat kerja rumah maka beritahu saja kepada pasangan, jika kita inginkan pasangan tidak mengungkit maka beritahu saja agar jangan mengungkit perkara tersebut...senangkan? Perkara yang mudah tidak perlu jadi susah.. 

Sentiasalah muhasbah diri yang kita bukanlah sempurna pasangan kita juga ada kelemahan seperti kita. Kita hanyalah manusia biasa yang selalu membuat kesilapan. Jangan terlalu mengambil berat akan hal yang remeh sehingga membawa kepada perpisahan. 

Untuk suamiku..terima kasih di atas segala-galanya..terima kasih kerana menjaga di kala sakit dan sihat, terima kasih menjaga saya seperti anak kecil, terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan ALLAH ...i lov u...hihihi